Sejarah Makmal Komputer SKTAM
Bangunan makmal komputer SK. Tengku Ampuan Mariam mula dibina pada awal tahun 2002 dan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2002.
Pada tahun 2003 makmal komputer telah dibekalkan 21 buah komputer, 5 buah meja bagi pelajar, 2 buah meja bagi penyelia dan guru, 40 buah kerusi pelajar, 2 buah kerusi penyelia dan guru, segala perkakasan komputer berserta server oleh syarikat Drb-hicom Sdn. Bhd. Setiap komputer dalam makmal ini menggunakan ‘OS’ Window Xp sp3. Manakala antivirus yang digunakan adalah Kaspersky 6.0 yang dibekalkan oleh syarikat GITN.
Makmal ini diguna sepenuhnya untuk pembelajaran p&p yang melibatkan kelas tahap 2. selain itu, makmal ini juga digunakan untuk kursus LADAP ICT di kalangan guru dan staf SKTAM. Makmal ini dijaga oleh Guru Penyelaras Bestari iaitu Encik Ahmad Azhan bin Ab. Hamid dan dibantu oleh juruteknik komputer.



0 Response to "Sejarah Makmal Komputer SKTAM"
Post a Comment