Jawatankuasa ICT/ Bilik Bestari
Posted in | at 8:52 PM
Pengerusi : Tn. Hj Amiruddin bin Ibrahim
Timbalan Pengerusi : Pn. Roslina bt Ariffin
Naib Pengerusi 1 : Pn. Yap Suat Heng
Naib Pengerusi 2 : Pn.
Penyelaras Bestari : En. Mohd Zil Azan B. Abdul Rahman
Ajk Makmal Komputer :
1. En. Razali b Harun
2. Pn Rushidah bt Abd Razak
3. Pn Maimun bt Chik
4. Cik Nur Azma
Ajk Pusat Akses :
1. En. Mohd Yusoff b Mohamed
2. En. Ahmad Saiful Anuar b Mohamed
3. Pn. Noor Hafiza bt Abdul Majid
Juruteknik Komputer : Pn. Norhayati bt Mohd Noor
PROSIDUR PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER
Posted in | at 8:49 PM
1. Guru/pelajar hendaklah membuat tempahan penggunaan makmal komputer daripada Guru Bertugas.
2. Tempahan hendaklah dibuat lebih awal sebelum tarikh penggunaan bagi mengelak sebarang kesulitan.
3. Bagi tempahan yang diluluskan, guru/pelajar perlu mengurus sendiri perjalanan kursus/kelas tersebut.
4. Jika menghadapi sebarang kesulitan, sila rujuk kepada Guru yang bertugas.
PERATURAN MAKMAL KOMPUTER SKTAM
Posted in | at 8:37 PM
PERATURAN MAKMAL KOMPUTER SKTAM
1. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Makmal Komputer
2. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
3. Disket/pendrive boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.
4. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan
5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
6. Pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada
komputer
7. Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang
disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas.
8. Dilarang membuat bising di dalam makmal.
9. Dilarang mengubah, menambah sebarang setting, perisian atau perkakasan dalam komputer.
10. Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan oleh guru.
11. Pengguna hendaklah merekodkan penggunaan komputer dalam buku log penggunaan komputer.
12. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.
Sejarah Makmal Komputer SKTAM
Posted in Labels: Computer Lab | at 4:38 PM
Bangunan makmal komputer SK. Tengku Ampuan Mariam mula dibina pada awal tahun 2002 dan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2002.
Pada tahun 2003 makmal komputer telah dibekalkan 21 buah komputer, 5 buah meja bagi pelajar, 2 buah meja bagi penyelia dan guru, 40 buah kerusi pelajar, 2 buah kerusi penyelia dan guru, segala perkakasan komputer berserta server oleh syarikat Drb-hicom Sdn. Bhd. Setiap komputer dalam makmal ini menggunakan ‘OS’ Window Xp sp3. Manakala antivirus yang digunakan adalah Kaspersky 6.0 yang dibekalkan oleh syarikat GITN.
Makmal ini diguna sepenuhnya untuk pembelajaran p&p yang melibatkan kelas tahap 2. selain itu, makmal ini juga digunakan untuk kursus LADAP ICT di kalangan guru dan staf SKTAM. Makmal ini dijaga oleh Guru Penyelaras Bestari iaitu Encik Ahmad Azhan bin Ab. Hamid dan dibantu oleh juruteknik komputer.


